Dalam monitor channel-channel yang ada pada ketika ini terutamanya frekunsi 143.437 selama beberapa bulan, banyak yang telah saya pelajari dalam tatacara berkomunikasi atau QSO di udara dan tidak kurangnya
juga mendapat info trafik dan cuaca terkini di Kota Kinabalu. Namun kekadang saya berasa kesal dan kecewa terdapat beberapa warga radio yang menggunakan kemudahan ini (jalur) dengan sesuka hati bercakap tentang hal-hal yang tidak patut didengar oleh semua rakan-rakan di udara, ada juga rakan yang sedang monitor sengaja mengganggu rakan-rakan yang sedang berQSO. Perkara ini sememangnya tidak boleh berlaku di Jalur yang disediakan kerana menggambarkan disiplin dan kehormatan pada orang lain tidak dipedulikan sama sekali. Tatacara berkomunikasi di radio khususnya untuk memperolehi Lesen seperti A & B mestilah dipraktikkan dalam komersial iaitu sesebuah kelab radio. Disini sesebuah kelab memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang individu amateur yang masih baru seperti saya dan rakan-rakan yang lain. Setakat ini saya sudah beralih arah ke frekunsi yang lain seperti 143.123 yang mana biasanya tidak sibuk. saya masih belum dapat menilai dan monitor sepenuhnya di frekunsi ini kerana secara puratanya warga-warga radio di sini nampaknya tahu bila masa mereka akan menggunakan jalur tersebut. Pendapat-pendapat warga radio yang sudah di kira lama menyertai kelab ini akui frekunsi ini adalah amat sesuai bagi mereka yang mahu menggunakan callsign mereka sendiri. Saya minta maaf kepada mereka atau warga-warga radio kelab lain yang sudah mengikuti kelab tersebut diatas kata-kata saya yang mungkin menyinggung perasaan atau mungkin tidak betul. demikian adalah sekadar pandangan saya yang mungkin agak sempit bagi sesetengah orang tapi apa pun untuk mendapatkan lesen yang betul seperti A & B wajib bagi kita untuk memperolehinya...jadi apa lagi jom isi form RAE untuk bulan April tahun 2009. selamat mencuba pada rakan-rakan yang sempat mendaftar RAE untuk bulan Disember 2008. Dari saya 73 untuk anda...clear