Saya sebagai peminat warga radio amatuer yang baru dalam bidang ini masih lagi mencari dan belajar dalam selok belok penggunaannya kepada individu dan warga persekitarannya. Namun apa yang saya perolehi setakat ini yang mana masih belum mengikuti mana-mana kelab amatuer di Sabah, jelas bahawa radio amatuer mengajak kita menjaga tatacara bercakap apabila ke udara. kita perlu mengenal serba sedikit tentang QCode dan cara memberi dan menerima perbualan ketika bercakap dengan rakan di udara. terus terang saya katakan memang pada mulanya rasa sedikit janggal untuk berbuat demikian tapi apabila anda mengikuti dan mendengar sambil merujuk pada bahan rujukan dari rakan-rakan yang arif, lama-kelamaan anda akan seronok dan ingin sekali sekala bercakap di udara. Bagi saya radio ini boleh dijadikan sebagai hobi kita atau sebagai alat untuk kita berkomunikasi mendapat info terkini ata dalam masa kecemasan. Jadi terpulang pada anda untuk menilainya. selamat mencuba