Hey! tahun 2007 30hb Ogos yang lalu, saya bersama rombongan rakan sekerja bersama majikan pergi bercuti selama 4 hari ke Singapore melalui Johor Baharu (ikut tambang murah Airasia). Apa yang ingin dikongsikan pada anda semua adalah pengalaman bila berada di negara yang kenali " Free Rubbish" amatlah teruja.
Imigresen

Dari menaiki Kereta sewa Airport Johor ke Imigresen Malaysia dan Singapore melalui jambatan Johor-Singapore, teramatlah berbeza sekali perbezaan standard Imigresen Malaysia berbanding Singapore. Mungkin saya pada dasarnya memandang dari sudut keceriaan tempat, penampilan anggota yang bertugas dan sistem susun atur melalui laluan pemeriksaan sungguh teratur dan kemas. Saya bukannya memandang rendah dengan keupayaan Imigresen Malaysia tetapi seharusnya pihak kita perlu menitik berat sudut ini demi penampilan negara kita di mata dunia.
Food CourtSatu peristiwa yang sukar untuk saya lupakan berlaku semasa saya dan rakan menjamu selera tengahari di salah sebuah food court shopping mall. Secara kebiasaan juga di Malaysia apabila kita memesan suatu makanan dan minuman kita kena beratur sebelum pesan dan bayar dikaunter (self service), samada kita membawanya ke meja makan atau menunggu pesanan dengan diberikan nombor siri. Apabila kami sedang asyik menikmati makanan yang dipesan, ada seorang pelancong asing yang sedikit bergaya datang berdekatan di meja kami sambil marah dan mencaci hamun kepada salah seorang pekerja tempatan (orang tua cina) yang kebetulan berada di situ untuk membersih meja yang telah ditinggalkan oleh pelanggan yang selesai makan. Pelancong asing itu menuduh pekerja tadi membuang makanan yang baru saja dipesannya. Pelancong tersebut sebenarnya pergi sebentar meninggalkan makanannya di meja untuk memesan minuman di kaunter, dengan nada yang cukup tinggi, hampir semua pelanggan yang duduk makan berdekatan menoleh dan memerhatikan saja pelancong dengan pekerja tersebut. Dengan tidak disangka-sangka orang tua cina tadi yang nampaknya sudah hilang kesabaran membalas kembali kata-kata pelancong itu dengan bahasa lebih kurang sopan juga dengan sedikit loghat bahasa English Singaporenya itu. Sungguh tidak disangka rupanya orang tua cina itu boleh membalas dan mencelah kata-kata pelancong tadi, dengan susuk tubuh dan penampilan wajahnya yang sudah separuh abad, dengan hanya memakai pakaian kerja sambil menolak tong sampah yang beroda, cukup bermain di fikiran kita bahawa beliau akur dengan tugasnya sedemikian yang tidak berpelajaran. Namun setelah peristiwa itu, cukup memberi tamparan hebat kepada pelancong itu tadi dan juga kami bagaimana seorang tua yang kerjanya hanya sebagai pembersih meja boleh membalas dan berkomunikasi dengan cukup baik terhadap pelancong asing yang menuduhnya perkara yang yang mungkin tidak beliau lakukan. Saya dengan terbuka memberi peluang kepada anda yang membaca jornal ini menilai sendiri apakah kita juga atau masyarakat kita yang dianggap bersopan santun boleh bertindak sedemikian bila berhadapan dengan orang asing? renung-renungkan lah...