Pengetahuan pada rakan yang berminat untuk bercuti-cuti bersama family atau kekasih. Saya boleh rekomen tempat ini 5km dari pekan Kundasang menyusuri lembah ke jalan Marsilau Golf Resort. Bagi yang ingin membawa family antara 8-10 orang sesuai untuk Deluxe berharga dalam RM180 pada hari biasa, RM280 pada musim cuti sekolah. Keperluan dapur bersama periuk, cawan dan pinggan disediakan. Terdapat 1 bilik Queen Bed, 1 bilik 2 unit double decker. 1 bilik mandi dan ruang tamu yang luas bersama tempat barbeque yang telah disediakan. Apa yang perlu hanya membawa keperluan peribadi seperti baju dan makanan untuk dimasak. Bagi Standard pula berharga RM150 pada musim cuti sekolah. Sesuai untuk 2-5 orang sahaja. 1 unit double decker bersama 1 Queen Bed, 1 bilik mandi dan dapur.


Lokasi dan pemandangan tempat ini sesuai pada mereka yang inginkan ketenangan dilereng bukit dan berhadapan terus dengan Gunung Kinabalu. Terdapat juga kebun sayur-sayuran yang terletak dihadapan kediaman resort ini. Anda boleh jadikan tempat ini sebagai satu persinggahan untuk pergi ke Poring atau tempat yang menarik di sekitarnya.

Secara peribadi bujet percutian family yang minimum berbanding tempat-tempat yang ada disekitar Kundasang atau Ranau. Boleh bagi 3 bintang setakat ini kerana saya bersama family sudah bercuti di sini sebanyak 2 kali dalam tahun 2008.

