Macam biasa ride MBC ni sentiasa buka kepada semua jenis Bike...
tinggal lagi sanggup tak sanggup saja...yg pasti bontot pasti kebas tapi enjoy...
Sebenarnya masa ride ke China hari tu memang tak puas ati sebab tak boleh langgar habis Negara China dengan motorsikal sampai ke Kunming....kalau ride jadi saya akan ride sampai Tembok Besar dan terus melawat Kunming dan Dali masa balik. Budeget dalam Rm 6000.00- Rm 8000.00. tak ramai yg sanggup ni?!!!
Pilihan ke -2 Ride Ke Borneo tanah tumpah darah ku..walau pun asal Sabah tak berpeluang lagi nak panjat Gunung jadi sambil ride , rancang nak naik Gunung terus....lepas tu memang tawaf habis lah...satu Borneo...Sabah & sarawak dan Brunei ada masa kalimantan. Mungkin ini lagi mudah buat masa sekarang...ride ini budget dalam Rm 1500.00-Rm2000.00
sesiapa orang Semenanjung yg ada hajat boleh bersiap sedia..dengan ride ini..
Tempoh perancangan dalam 3 bulan saja lagi... kalau ada sesiapa yg nak ride sekali...boleh lah bersedia dalam masa sekarang. Harap rakan2 dpt bagi input...terima kasih...
Sila print jadual ini untuk dijadikan panduan, dan biar anda jelas tentang perjalanan ride.
Saya nasihati agar setiap orang membeli Maps sabah & sarawak masing2 dan studi peta perjalanan kita.
Dapatkan sebanyak info supaya tak mengelupur bila ride nanti
Jadual perjalanan sudah ditetapkan 9-20 Febuari mengambil masa 12 hari sahaja.
Untuk rider dari singapore boleh hubungi Winterfire (adi hayabusa)
Jarak perjalanan sejauh 3214 kilometer dari kuching dan tamat di Kota kinabalu.Tambah 400km untuk rider dari singapore.
Hari 1. Isnin 9/2/2009
Kuching ke Sibu (444 Km + 85 Km)
*melawat pasar Tebedu di Sempadan Sarawak Kalimantan.
Hari 2. Selasa 10/2/2009
Sibu ke Miri (430 Km)
Hari 3 Rabu 11/2/2009
Miri ke Kota Kinabalu
*kita akan melalui banyak Kastam dan imegeresen Malaysia dan Brunei (10 check point)
Hari 4 Kota Kinabalu ke Kudat (200 km) Khamis 12/2/2009
*Melawat rumah panjang Kaum Rungus.
*Tip Of Borneo.
Hari 5. Jumaat 13/2/2009
Kudat ke Sandakan 420 Km
* perjalanan agak jauh dan mencabar melalui beberapa hutan simpan di sabah.
*setiap motor kena bawa minyak petrol lebih sebab tak ada petrol setesen sepanjang jalan.
Hari 6. Sabtu 14/2/2009
Sandakan ke Semporna 420 Km
*Melawat ke Sepilok orang utan.
*Jalan baru Kunak ? Semporna.
Hari 7 Ahad 15/2/2009
Semporna ? Pulau Sipadan/Mabul
*tidur Pulau
Hari 8 Isnin 16/12/2009
Semporna ke Tawau 110 Km
*Ride petang di Tanjung Batu Laut.
Hari 9 Selasa 17/12/2009
Tawau ke Ranau 520 Km
*singgah makan kat Telupid saya belanja.
*Air Panas Poring.
Hari 10 Rabu 18/12/2009
Ranau ke Kundasang 40 Km
*Lawat taman Negara.
*Desa Desa Cattle
Hari 11 Khamis 19/2/2009
Kundasang ke kota Kinabalu 130 Km Khamis
*Tanjung Aru/ Ronda KK
*shopping barang2 nak bawa balik.
Hari 12 Jumaat 20/2/2009
Kembali ke KL.
Kita akan terbang ke Sarawak pada 8/2/2009 Ahad.
Jika kita terkeluar dari jadual kita akan mengajar masa supaya kita berada dalam Track time yg disedikan.
Terbuka kepada semua jenis motorsikal/skuter yang boleh maintan 110km dengan baik.
Budget untuk rider dari semenanjung Malaysia Rm 2000.00 (sediakan extra Rm 500.00)
Sedikit info kewangan.
Tambang Air Asia Rm 300.00
Tambang Motorsikal ikut laut Rm 1000.00
Minyak Petrol untuk 3214 KM/25km/liter = Rm 160.00 - 220.00
Perbelanjaan makan&minum untuk 12 hari x Rm 30.00 =Rm 360.00
Penginapan Rm 40.00 x 12 = 480.00
Total : Rm 2360.00
1. abol (malaysia)
2.marinecruzer(malaysia)
3 abg acid (malaysia)
4. Talib 100(Malaysia)
5 Blade99(Malaysia)
6 BUrnjr(Malaysia)
7. Azizlwl(Nilai)
8. Mambang
9. azamreeves
10. shark (malaysia
11.Bro Khalid Penang cop Bikers
Dari Singapore ada 4 orang termasuk adiwinterfire.
Tiket-tiket untuk penerbangan dari Kl- Kuching telah pun ditempah untuk rider2 berikut.
FLIGHT DETAILS
Depart
Kuala Lumpur LCCT (KUL) to Kuching (KCH)
Economy Promo
Sunday, 08 Feb 2009 Flight AK 5202
Depart Kuala Lumpur LCCT (KUL) at 07:10
Arrive in Kuching (KCH) at 08:55
Get Ready guys, pejam celik jer dah 4 minggu ni... Grin
mambang bawa geran original jer, tapi kena ada phostotate untuk memudahkan urusan kastam.
Kita punya kawan2 dari singapore akan guna bike.
super4
African Twin
SR650
Hayabusa.