jom join berkongsi idea
Home­Gallery­FAQ­Search­Memberlist­Register­Log in
Post new topic   Reply to topicShare | 
 

 SEJARAH RADIO AMATUR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
imfass
POSTER
POSTER


Male Number of posts: 12
Age: 25
Location: Tenom
Registration date: 2008-11-17

PostSubject: SEJARAH RADIO AMATUR   Sun Nov 23, 2008 9:05 pm

Radio Amatur ataupun juga dikenali sebagai 'Ham Radio' ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio. Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubungan dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadangkala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?
Back to top Go down
View user profile
-langau-
Guest



PostSubject: minat.....walkie talkie   Sun Nov 23, 2008 9:17 pm

assalamualaikum BORIC family...

*sye nak tanye,y u all still need "HAM RADIO"?
*padahal now kita ada H/P atau pun pust to talk(PTT)?
*sye rasa ianya murah n tak perlu beli gadjet like "Walkie talkie set".hanya guna HP yg ada PTT option.saye rasa,mostly hp skrang ada PTT...

*pada mulanya saya ingin juga memiliki "Ham Radio" nie.but,when my pren dr sykt hp talk about PTT,y not.just pakai hp sendiri,rm1 per day or rm15/monthly.

*saya ada juga tanya pasal coverage,dia kata selagi ada line,selagi tu lah kite boleh gunakan PTT..
*pikir bateri HP jak...

*tue ajer..

*bye the way...

still ada minat nak pakai set mcm c' fadzil tue Razz
Back to top Go down
imfass
POSTER
POSTER


Male Number of posts: 12
Age: 25
Location: Tenom
Registration date: 2008-11-17

PostSubject: Perbezaan Radio Amatur Dengan Handphone   Mon Nov 24, 2008 5:56 am

Tq pada bro langau coz still minat dengan radio..k sini saya kan jelaskan apa beza PTT hp dengan PTT radio.
Terdapat dua jenis radio yang digunakan iaitu jenis UHF dan VHF..Dimana UHF yang sering kita nampak pada mat-mat guard di shopping kompleks atau lebih sinonim dipangil walkie talkie..Manakala set VHF pula sinonim di panggil HAM Radio..Perbezaan kedua-dua jenis ini ialah dimana jarak sesuatu pancaran berbeza.UHF hanya tertakluk pada jarak sekitar 5 KM saja..Manakala VHF pada jarak yang jauh, dimana ia juga berdasarkan kekuatan antenna ataupun jenis working conditions yang digunakan.. Beza PTT hp disini adalah ianya sama seperti UHF dimana walaupun PTT hp menggunakan repeter talian prabayar tapi masih tertakluk pada capaian line..kalau dalam hutan x kan ada line kan..cara percakapan juga berbeza kerana PTT hp nie kalau main belasah je cakap mcmc x monitor pun..so beza dengan radio VHF nie, kita kena mengikut Q-Code yang ditetapkan oleh mcmc..pastu bayar pun setahun je..kalau guna PTT hp, tiap2 nak guna kena bayar gak..So bila kita guna Radio nie secara x langsung dapat mendidik kita cara bercakap yang tersusun dan lancar. Bro cubalah sebulan kalau tak percaya Very Happy Yang paling penting ialah saat-saat kecemasan. So jangan tunggu lagi join ler.. Laughing
Back to top Go down
View user profile
myaura
POSTER
POSTER


Male Number of posts: 1
Age: 38
Location: tenom, Sabah
Registration date: 2008-11-24

PostSubject: Re: SEJARAH RADIO AMATUR   Mon Nov 24, 2008 6:22 am

-langau- wrote:
assalamualaikum BORIC family...

*sye nak tanye,y u all still need "HAM RADIO"?
*padahal now kita ada H/P atau pun pust to talk(PTT)?
*sye rasa ianya murah n tak perlu beli gadjet like "Walkie talkie set".hanya guna HP yg ada PTT option.saye rasa,mostly hp skrang ada PTT...

*pada mulanya saya ingin juga memiliki "Ham Radio" nie.but,when my pren dr sykt hp talk about PTT,y not.just pakai hp sendiri,rm1 per day or rm15/monthly.

*saya ada juga tanya pasal coverage,dia kata selagi ada line,selagi tu lah kite boleh gunakan PTT..
*pikir bateri HP jak...

*tue ajer..

*bye the way...

still ada minat nak pakai set mcm c' fadzil tue Razz



Saya bersetuju dengan pendapat saudara yang mgatakan skg ni ada hp yg ada PTT option. Yang mampu digunakan perbualan seperti radio amatur. Namun secara peribadi sy jelaskan .. persamaan yang saudara utarakan di atas.. amat jauh sekali.

Radio amatur adalah merupakan satu hobi yang berteraskan dan berorentasikan persahabatan kerana ia berteraskan komunikasi antara individu. Para pengamalnya akan didedahkan kepada peluang untuk berkenalan sesama mereka yang mempunyai dan kecenderungan yang sama. Sering kali pertemuan (kontak) di udara akan akan berlanjutan dan di akhiri dengan persahabatan yang berpanjangan.

Dalam hobi ini juga para pengemarnya berpeluang untuk mempelajari bab2 teknikal dan mampu mempelajari ilmu baru, khusus tentang gelombang UHF, VHF dan HF dan working condition. Di sini pengemar radio amatur berkesempatan utk berbual2 dengan rakan dr seluruh tempat sama ada dalam negara mahu pun luar negara tanpa mgira umur, status, kaum, politik, masa dan tempat.

Mmg di akui hp yg ada PTT leh digunakan selagi ada line. .. pertanyaan sy. Bagaimana pula di satu2 tempat yg x ada line, dan masa yg sama ada kejadian yang melibatkan nyawa dan memerlukan bantuan secepat mungkin. Contohnyd di kawasan pendalaman (hutan) atau di laut dalam. Mungkin saudara tidak mengetahui, bahawa dgn komunikasi radio amatur telah banyak membantu dalam soalan menyelamat nyawa. Sebagai contoh, baru2 ani.. kalau saudara ada terbaca akhbar tempatan tentang berita bot karam di Pulau Malindani, Kota Belud. Para mangsa bot karam ( berada di dalam laut terapung2) terpaksa berhubung mengggunakan radio amatur untuk mendapatkan bantuan kecemasan. Masa yg sama, ramai rakan2 radio yg sedang monitar dengan pantas bertindak cepat untuk menghubungi pihak berkenaan utk mendapatkan bantuan.

Bagaimana pula dengan saudara, jika ada berada dalam situasi ini dengan menggunakan Hp yang ada PTT??? Atau pun jika kereta saudara ada masalah ditengah jalan di waktu malam, yg tidak ada coverage line hp???

Sekadar memberi pendapat.


9w6den
Back to top Go down
View user profile
-langau-
Guest



PostSubject: that's true...   Tue Nov 25, 2008 1:43 am

assalamualaikum..
u'll right bro,hanya yg gune Ham Radio jer yg boleh kesan org dlm kesusahan.I heard thats from my frendz(uncle singh).dia juge main bende nie.But too Agerasif n opisnya penuh dgn clasik n new gadjet of Ham Radio nie.i think u'll know him..

by the way..

*brape cost tuk beginer user nak set up ?
Back to top Go down
imfass
POSTER
POSTER


Male Number of posts: 12
Age: 25
Location: Tenom
Registration date: 2008-11-17

PostSubject: Re: SEJARAH RADIO AMATUR   Sun Nov 30, 2008 11:39 pm

Tq bro langau..cost untuk newib nie..untuk info bro dalam RM700 pun da cukup tu untuk bro berkenal-kenalan dalam bidang radio..tq
Back to top Go down
View user profile
 

SEJARAH RADIO AMATUR

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You can reply to topics in this forum
BORIC :: PEMINAT KELAB RADIO AMATEUR :: Apakah Radio Amateur?-
Post new topic   Reply to topic